Agik idup agik ngelaban

Monday, 8 August 2011

Mulianya akhlak sahabat nabi Abu Zar

Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.
Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh.
Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai.
Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah.
Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai.
Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan.
Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.Di saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang.
Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah

Thursday, 4 August 2011

Abdul Rahim dilantik Panglima 4 Divisyen





2011/08/04

KUALA LUMPUR: Mej Jen Datuk Abdul Rahim Mohd Yusoff hari ini mengambil alih jawatan Panglima 4 Divisyen daripada Jen Datuk Zulkiple Kassim. 

Dalam satu majlis di Kem Wardieburn di sini, Abdul Rahim, 55, yang sebelum ini Panglima Latihan Tentera Darat, menerima tugas itu daripada Zulkiple yang dilantik Panglima Medan Tentera Darat.
Zulkiple dalam ucapannya berkata, anggota tentera juga mudah terdedah kepada gejala sosial."Hanya anggota yang terlatih dan mempunyai jati diri dapat menjaga profesionalisme ketenteraan," katanya. 

Beliau juga berkata tahap keselamatan kem, stor senjata dan gudang peluru tentera mesti diutamakan kerana musuh negara kini muncul dalam pelbagai bentuk. 

"Kita harus sentiasa peka, bersedia dan mengambil langkah mempertingkatkan kawalan di dalam kem. Sikap alpa, cuai dan tidak ambil kisah adalah faktor yang menjurus kepada berlakunya kejadian yang tidak diingini," katanya. - BERNAMA 

Potret World War II













Wednesday, 3 August 2011

Lewis Machine gun

Mesingan Lewis adalah sejenis senjata automatik kegunaan skuad tentera infantri yang digunakan semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Senjata ini digunakan secara meluas oleh Tentera British dan pasukan-pasukan Tentera Empayar British. Mesingan Lewis pertama kali digunakan oleh Tentera Belgium semasa Perang Dunia I. Senjata ini mudah dikenali kerana mempunyai kelopak peluru di atas senjata.






Mesingan Lewis, ataupun nama rasminya Lewis Automatic Machine Rifle dihasilkan oleh Kolonel Isaac Newton Lewis dari Tentera Darat Amerika Syarikat dalam tahun 1911. Lewis menghasilkan senjata ini berdasarkan kepada kerja-kerja awalan oleh Samuel McClean. Mesingan Lewis tidak terus diterima masuk ke dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat disebabkan oleh perselisihan faham di kalangan pegawai-pegawai pemilihan tentera.
Senjata ini boleh menembak 550 butir peluru .303 inci (7.52mm) setiap minit, tetapi hanya mempunyai berat 12.7 kg ataupun 28lb. ini adalah separuh daripada berat senjata-senjata lain yang serupa dengannya (seperti mesingan Vickers). Mesingan Lewis juga mempunyai kelebihan kerana boleh dibawa dan digunakan oleh seorang askar sahaja, menjadikannya lebih mudah diangkut berbanding dengan mesingan jenis berat, dan menjadikannya amat sesuai untuk kegunaan dalam skuad tentera.
Mesingan ini juga lebih murah untuk dikeluarkan, dan berharga 1/6 daripada harga sepucuk mesingan Vickers. Mesingan ini hanya mempunyai 62 bahagian kesemuanya, dan 6 pucuk mesingan Lewis boleh dikeluarkan dalam masa yang diperlukan untuk menghasilkan satu pucuk mesingan Vickers. Kelebihan ini menjadikan mesingan Lewis dikeluarkan dengan banyak untuk kegunaan secara meluas di Eropah semasa Perang Dunia I
Mesingan Lewis ini juga ringan, menjadikannya sesuai untuk kegunaan di dalam kapal terbang. Dalam kegunaan ini, alat penyejuk laras senapang ditanggalkan dan pergerakan kapal terbang melalui angin digunakan untuk menyejukkan laras senapang mesingan ini.
Kolonel Lewis merasa hampa cuba memujuk Tentera Amerika Syarikat untuk menggunakan mesingan ringan ciptaannya. Didorong perasaan hampanya, Lewis berhijrah ke Belgium. Tentera Belgium menerima pakai mesingan ciptaan Lewis dalam tahun 1913, tetapi dengan menggunakan peluru .303 British. Tidak lama kemudian, syarikat Birmingham Small Arms Company (BSA) membeli hak pengeluaran mesingan Lewis ini untuk Tentera British.

Monday, 1 August 2011

Khalid Al-walid : Pahlawan Pedang Allah

Siapa lagi kalau bukan manusia hebat bernama Khalid Al-Walid yang digelar Pahlawan Pedang Allah. Dia adalah pedang dari pedang-pedang Allah!

Insan bergelar ‘Saifullah’ ini bukan sahaja hebat dalam ilmu mempertahankan diri dan taktik ketenteraannya, tetapi seorang insan yang sangat teguh imannya dan kental semangat juangnya disamping mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dalam memastikan kemenangan selalu berada di pihak tentera islam pada setiap kali peperangan yang dipimpin olehnya.

Bermula dengan penentangan yang cukup keras terhadap Nabi Muhammad saw dan islam. Dengan ketangkasan dan kecekapan berkudanya beliau memimpin tentera Quraisy mengalahkan tentera islam dalam Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun ke 6 Hijrah dimana selepas itu dia mula menerima cahaya kebenaran islam lalu memeluk agama islam.

Khalid menyertai Perang Muktah dimana 3000 orang tentera islam melawan 200,000 orang tentera Rom.Perang yang menyaksikan gugurnya panglima tentera islam bernama Zaid Bin Harithah yang juga anak angkat Nabi Muhammad saw. Selepas ditikam dengan tombak didadanya Panji-Panji Nabi Muhammad saw diserahkan kepada Jaafar bin Abu Talib. Bila tangan kanan Jaafar putus ditetak, dia pun melepaskan senjata ditangan kirinya lalu memegang Panji-Panji Nabi Muhammad saw di tangan kirinya. Bila tangan kirinya pula ditetak, dia mengepit Panji-Panji itu dengan kedua lengannya yang telah putus itu sambil berkata :

“Panji-panji Nabi Muhammad ini lebih berharga daripada nyawa saya!”, selepas itu datang seorang tentera Rom dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga badannya terbelah dua, namun panji panji itu berjaya diselamatkan dari tangan musuh oleh Abdullah bin Rawahah setelah tentera Rom itu dibunuh oleh Khalid Al-Walid. Abdullah juga akhirnya syahid dan panji-panji Nabi Muhammad saw dipegang oleh Thabit bin Arqad.

Setelah 3 orang panglima islam tiga serangkai gugur syahid, maka panji-panji perang beralih ke tangan Khalid Al-Walid pula lalu bermulalah era kegemilangan dan kehebatan Pahlawan Pedang Allah ini dalam memimpin hampir 100 siri peperangan selepas itu untuk menegakkan syiar islam dan kalimah tauhid yang suci di muka bumi ini!

Setelah kewafatan Rasulullah saw, Khalid Al-Walid ditugaskan oleh Khalifah Abu Bakar r.a untuk membenteras gejala murtad dan nabi palsu.

Beliau pernah mengalahkan nabi palsu iaitu Musailamah al-kazab.Taman Syurga Musailamah yang menjadi tempat berlindungnya kumpulan pengikut ajaran sesat itu bertukar menjadi taman maut. Seramai 12,000 orang tentera Musailamah terbunuh manakala 600 orang tentera islam gugur syahid.Musailamah maut setelah direjam oleh lembing Wahsyi, tentera islam yang sebelum keislamannya pernah membunuh Saidina Hamzah r.a dalam perang Uhud dengan cara yang sama! Wahsyi telah berjihad dengan sepenuh jiwa dan raganya disamping ingin menebus kesalahannya yang lalu ketika dia masih belum memeluk islam.

Sewaktu ingin berperang dengan tentera Parsi, tentera islam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid sukar mendapat bekalan air setelah semua kawasan sumber air dikepung oleh musuh.Tentera Parsi dibawah pimpinan Panglima Hurmuz sengaja tidak menyerang kerana mereka mahu melihat tentera islam mati kehausan tanpa menggunakan senjata. Disaat genting itulah Pahlawan Pedang Allah ini meminta Ibnu Abbas mendirikan solat hajat kepada Allah swt minta hujan.Doa Ibnu Abbas diaminkan oleh 20,000 orang tentera islam di makbulkan Allah.Cuaca yang cerah dan panas tiba-tiba redup lalu hujan pun turun dengan lebat selepas itu! Sehinggakan lembah tempat sumber air yang dikepung musuh menjadi banjir.Musuh menjadi kelam kabut malah ada yang mati lepas selepas itu.

Selepas itu Khalid mengutus sepucuk surat kepada Panglima Parsi yang berbunyi :

Kepada semua tentera Parsi.Peluklah agama islam, nescaya kalian akan selamat ataupun pilihlah hak sebagai zimmah (kafir yang dilindung) dengan membayar jizyah (cukai perlindungan).Sekiranyan kalian enggan, jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkan diri sendiri kerana kami datang dengan tentera yang menyintai mati sebagaimana kalian mencintai hidup

Hurmuz sangat marah dan begitu sombong kerana tidak mahu menerima cahaya kebenaran islam, malah telah menggantung sebilah pedang ke leher utusan Khalid sebagai balasan kepada surat itu.Selepas itu Panglima tentera Parsi , Hurmuz yang sombong , kebal dan tidak pernah tewas di medan tempur itu akhirnya telah tewas oleh tetakan mata pedang Saifullah di medan perang! Selepas itu panglima tentera Parsi bernama Rustam juga mati terjatuh kedalam sungai Dajlah ketika sedang bertarung dengan Khalid dalam siri pertempuran kedua dengan tentera Parsi, hampir 30,000 orang tentera musuh terbunuh.Dalam siri peperangan ketiga, panglima Parsi Indrazaghur dan dan Bahman melarikan diri dari medan perang ketika melihat amukan dan asakan tentera islam yang begitu hebat hingga tentera musuh berundur ke tebing sungai Tigris dan Euprates!Ada tentera musuh yang sanggup terjun kedalam sungai untuk menyelamatkan diri!

Antara bait puisi yang ditulis oleh bekas tentera islam yang cedera dan dihantar pulang oleh Khalid iaitu Abu Makran Aswad dalam menceritakan kehebatan tentera islam di medan tempur berbunyi :

“Kami tempuhi hari-hari di Allais dengan gempita,
Singa-singa jantan bertempur gagah,
Belum pernah aku menyaksikan perang
dasyat seperti itu,
Antara tokoh tokoh terbesar,
Kami membunuh tujuh puluh ribu,
Saki-baki yang hancur menjadi tawanan..”

Dia pernah meminum racun yang sangat bisa dari tangan musuh untuk membuktikan keimanan dan tawakkalnya kepada Allah SWT dan sebagai satu cara dakwah dengan berkata bahawa racun itu tidak mampu berbuat apa-apa kecuali dengan izin Allah SWT, benar seperti apa yang dikatakan oleh Khalid, tidak ada apa-apa mudharat yang menimpa keatas dirinya selepas meminumnya membuatkan pemilik racun itu, Ibnu Baqilah tercengang kehairanan, namun Ibnu Baqilah masih belum menerima cahaya hidayah islam.

Satu lagi peperangan di Firadh, tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid telah berjaya membunuh paling ramai musuh.Kata ahli sejarah Tarikh al-Tabari :

“Seramai 100,000 orang tentera musyrikin terbunuh.Inilah pertempuran yang membunuh paling ramai musuh”.

Peperangan Yarmuk, iaitu peperangan tentera islam menentang Tentera Rom, setelah Khalid Al-Walid berjaya menundukkan Kekuasaan Parsi benar-benar menguji kekuatan emosi dan spiritual panglima agung ini.

Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.

Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid berlawan satu lawan satu dengannya.Cabaran itu disahut oleh Khalid.Ketika mereka berhenti rehat seketika, maka terjadilah dialog antara mereka seperti dibawah :

Gergorius : saya mahu bertanya kepada saudara.

Khalid : silakan.

Gergorius : benarkah saudara mendapat gelaran pahlawan pedang Allah ?

Khalid : benar.

Gergorius : benarkah Tuhan turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada saudara?

Khalid : tidak benar !

Gergorius : mengapa saudara digelar pahlawan pedang Allah?

Khalid : Tuhan mengutus seorang nabi dikalangan kami.Pada mulanya, saya juga menentang Nabi Muhammad, tetapi kemudian saya mendapat petunjuk daripada Tuhan lalu menjadi penyokong setia baginda.Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata saya adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Tuhan yang terhunus kepada kaum musyrik.
Baginda berdoa kepada Tuhan supaya saya menang dalam peperangan menegakkan agamanya.Kemudian saya diberi gelaran Pedang Allah.Sejak itu saya bersikap keras terhadap mereka yang menentang islam.

Gergorius: Apa yang saudara seru kepada manusia semasa menjalankan tugas?

Khalid : saya menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan saudara dan memilih tawaran menerima islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan saudara sekalian?

Khalid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya.

Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama saudara pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?

Khalid : mereka lebih mulia daripada kami.

Gergorius : mengapa?

Khalid : Kami hidup pada zaman Nabi dapat melihat mukjizat baginda.Kami menyaksikan sendiri dengan keajaibannya.Ada juga yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat baginda, namun mereka tetap menerima agama kami dengan jujur dan ikhlas, maka mereka lebih mulia dari kami.

Gergorius : Demi Tuhan, saya menyahut seruan saudara.Saya mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Khalid terkejut bercampur gembira.Muka mereka berseri dan bercahaya-cahaya.Mereka terus bersalam-salaman .Kejadian tersebut berlaku sekelip mata di medan tempur dan kedua-dua belah pasukan tentera terpegun seketika!, Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.

Peristiwa di atas menimbulkan kemarahan Theodore, Panglima besar Rom yang juga merupakan adik kepada Maharaja Rom, Hercules.Tentera Rom ketika itu berjumlah 240,000 orang; 80,000 orang tentera berkuda dimana terdapat 100 ekor gajah dikalangan mereka, 80,000 orang tentera berjalan kaki dan 80,000 orang tentera yang kakinya dirantai!

Kecerdasan emosi dan spiritual Khalid Al-Walid terserlah ketika menghadapi ujian getir ketika tentera islam ingin bertempur dengan tentera Rom.Utusan dari khalifah sampai membawa dua berita.Berita pertama ialah berkaitan dengan kewafatan Khalifah Abu Bakar pada 23 jamadilakhir bersamaan 13 hijrah.Berita kedua ialah perlantikan Khalifah islam kedua iaitu Khalifah Umar sekaligus memecat Khalid sebagai Ketua Panglima tentera Islam dan digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah.Khalid tidak pun merasa sedih atau merajuk dengan keputusan itu.Setelah bermesyuarat dengan Abu Ubaidah, mereka merahsiakan dulu kedua-dua perkara tersebut dari pengetahuan tentera islam, malah Abu Ubaidah menyerahkan tanggungjawab memimpin tentera islam kepada Khalid buat sementara waktu sehingga peperangan selesai. Akhlak dan keperibadian Khalid yang tinggi menyebabkan Abu Ubaidah menangis!. Kata Abu Ubaidah :

“saya malu menerima jawatan itu kerana ada yang lebih layak daripada saya di kalangan kita. Jawatan bukannya lambang kemegahan, tetapi tanggungjawab.Sekiranya tidak mampu ditunaikan, ia menjadi tanggungjawab di dunia dan akhirat.Saya berasa tidak layak memegang jawatan yang penting itu”

Khalid memimpin 40,000 orang tentera islam menewaskan 240,000 tentera Rom. 50,000 orang tentera Rom mati dan hanya 3,000 orang tentera islam yang gugur syahid.Panglima Gergorius gugur syahid setelah dibunuh oleh bekas rakannya Panglima Theodore manakala Panglima Theodore pula maut ditangan Khalid, Pahlawan Pedang Allah!

Kekalahan tentera Rom kepada tentera islam amat mengejutkan dan memalukan Maharaja Rom iaitu Maharaja Hercules.Bila ditanya sebab-sebab kekalahan mereka, seorang tentera Rom menjawab :

“ Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa di siang hari dan beramal ibadat pada waktu malam.Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran. Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat, dan melakukan kezaliman.Disebabkan itulah kita kalah”

Hari hari terakhir Khalid dihabiskan di Syam(Syiria).Sewaktu beliau sakit tenat, beliau berkata :
“umur saya sekarang 58 tahun.Saya sudah menyertai lebih dari 100 peperangan. Saya terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis dari kuasa Kristian.”

“Saya bercita-cita mahu mati syahid, tetapi mengapa saya masih hidup? impian saya untuk mati syahid tidak tercapai, saya tidak mahu mati di atas katil begini, hanya orang pengecut saja yang mati begini” kata Khalid dengan nada penuh kesayuan.Air matanya mengalir membasahi pipinya.

“Saya tidak mahu mati diatas katil, saya mahu mati di medang perang!” Pahlawan Pedang Allah itu terus merintih hiba.

Tiba-Tiba Abu Zanad berkata untuk menenangkan Khalid Al-Walid:

“Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh”.

“Mengapa?” Tanya Khalid.

“Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan pedang Allah.Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan.Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir.Saudara juga tidak boleh tewas dalam peprangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan” kata Abu Zanad dengan lembut. Khalid terdiam dengan kata-kata itu.

Akhirnya pahlawan pedang Allah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan hajatnya untuk syahid tidak kesampaian.Pemergiannya diratapi oleh seluruh umat islam.

Kata Adi bin hatim :

“Pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar kepada umat islam.Nama Khalid bin Al-Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula!”

Al-Fatihah untukmu wahai Saifullah ….

Sunday, 31 July 2011

Al-Baraa' ibn Malik : pahlawan islam

Al-Baraa' ibn Malik
Pahlawan Ansar
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka degan memberikan syurga untuk mereka.  Mereka berperang pada Jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran).  Dan siapakah yang lebih menepati janji (selain) daripada Allah?  MAka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. [at-Taubah, 9 : 111]
Inilah kata-kata yang memenuhi jiwa wira kita pada kali ini, yang hidup untuk mati pada Jalan Allah.  Beliau memahami dan mengenali nilai Shahid dan menjadikkannya sebagai keutamaan beliau.  Beliau adalah salah seorang daripada dua  kandung yang menyerahkan hidup mereka untuk berkhidmat kepada Allah dan Rasul-Nya. Saudara kandung beliau adalah Anas ibn Malik, yang diberikan oleh ibu mereka, Umm Salim, kepada Rasulullah SAW sebagai pembantu peribadi baginda SAW pada usia dua puluh tahun.  Bagi al-Baraa ibn Malik al-Ansari pula, satu-satunya moto beliau adalah 'Allah dan Syurga.'
 
 
  Orangnya kecil dan kurus, mungkin ramai yang kasihankan beliau apabila melihat keadaan fizikal beliau.  Akan tetapi, di dalam pertempuran beliau berjaya mengalahkan dan membunuh begitu ramai musuh.  Di medan peperangan beliau merupakan seorang pahlawan hebat yang menggerunkan pihak musuh.  Beliau sangat berani dan nekad sehinggakan Umar RA, yang merupakan Khalifah pada ketika itu, pernah mengutuskan surat kepada para gabenor beliau di seluruh negara Islam mengarahkan mereka supaya tidak melantik beliau mengetuai mana-mana angkatan tentera kerana risaukan keberanian beliau akan menyebabkan semua tentera beliau terbunuh. Apabila al-Baraa' berperang, beliau bukanlah seorang pahlawan yang mengejar kemenangan, walaupun kemenangan merupakan matlamat utama peperangan.  Bagi al-Baraa', matlamat peribadi beliau adalah Shahid, untuk menamatkan riwayat hidup beliau ketika beperang pada Jalan Allah SWT.  Cintanya pada Shahid inilah yang membuatkan beliau tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan bersama-sama Rasulullah SAW.
Sekiranya kisah beliau hendak diceritakan secara detail, banyak halaman yang akan kita perlukan.  Di sini, marilah kita hayati satu kisah sebagai contoh daripada keberanian dan kecekalan beliau. 
Kisah ini bermula sebaik sahaja kewafatan Rasulullah SAW, apabila banyak puak-puak dan kabilah yang bergegas meninggalkan dan menolak Agama Allah.  Keadaan ini mendapat perhatian Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA, yang sangat tegas dalam soal ini.  Menyedari peri pentingnya beliau menghentikan keadaan ini, Abu Bakar RA menggerakkan sebelas angkatan tentera dari kalangan Muhajirin dan Ansar ke serata pelusuk semenanjung Arab.
Pada ketika itu, kumpulan mereka-mereka yang murtad yang paling kuat dan ramai adalah dari kalangan Banu Hanifah.  Musailamah al-Kath-thab, nabi palsu, bangun di kalangan mereka mengakui bahawa dirinya adalah seorang nabi. Dengan ilmu sihirnya dan percakapannya yang lancar, Musailamah berjaya menarik kebanyakan dari puaknya serta puak-puka disekelilingnya mempercayai bahawa dia adalah nabi selepas Muhammad SAW.  Ramai dari kalangan mereka ini sebenarnya mengikut beliau hanya atas dasar as-sobiyah kerana dia adalah dari kalangan mereka. Dia juga berjaya menyiapkan tentera berjumlah 40,000 orang dari kalangan perwira-perwira pengikutnya.
Tentera Musailamah sangat kuat sehinggakan mereka berjaya mengalahkan angkatan tentera Islam pertama yang dihantar menentang mereka di bawah pimpinan Ikrimah ibn Abu Jahal.  Pengaruh Musailamah juga semakin kuat hingga memaksa Abu Bakar menghantar satu lagi angkatan tentera di bawah pimpinan Khalid ibn al-Walid.  Angkatan tentera ini terdiri daripada kalangan para sahabat yang terbaik dan paling berani dari Muhajirin dan Ansar.  Di barisan hadapan angkatan tentera ini adalah al-Baraa' ibn Malik yang tidak sabar-sabar menanti seruan Jihad oleh Khalid ibn al-Walid, ameer beliau kerana beliau sangat mengharapkan Shuhada.
Akhirnya seruan 'Allahu-Akbar' yang dinanti-nantikan dilaung oleh Khalid ibn al-Walid dan angkatan tentera Islam, bersama-sama dengan al-Baraa' bergegas ke ke medan perang, di kawasan Banu Hanifah di Yamamah, Najd.  Tidak lama selepas itu, peperangan mula berpihak kepada tentera Musailamah.  Tentera Musailamah yang besar dan kuat itu memberikan satu tentangan hebat yang belum pernah dirasai oleh tentera Islam.  Para komander tentera Islam sedar bahawa mereka perlu melakukan sesuatu kerana kekalahan mereka di sini mungkin bermakna tamatnya Islam di semenanjung Arab.
Khalid ibn al-Walid membahagikan tentera Islam kepada dua dan para komander tentera Islam melaungkan kata-kata bersemangat dan mengingatkan mereka pada Janji-janji Allah SWT.  Pada ketika ini, dapat dilihat tentera-tentera Islam mempamerkan keberanian dan kecekalan yang tinggi.  Thabit Ibn Qays yang memegang panji tentera Islam mengorek sebuah lubang dan menanam kedua belah kaki beliau di situ memastikan beliau tidak akan sama sekali berundur.  Beliau terus berjuang sehingga gugur.  Zayd ibn al-Khattab, saudara Umar ibn al-Khattab, menyeru tentera Islam, "Saudaraku, gigit dengan gigi geraham kamu, tetak para musuh dan maralah ke hadapan.  Demi Allah, aku tidak akan bercakap dengan kamu lagi selepas ini sehinggalah samada Musailamah dikalahkan atau aku bertemu Allah SWT."
Walaubagaimanapun, pada hari tersebut al-Baraa' menunjuukkan keberanian dan kecekalan yang paling tinggi.  Apabila peperangan kembali hebat, Khalid ibn al-Walid berpaling ke al-Baraa' dan berkata, "Wahai Baraa', mara, anak muda Ansar."  Al-Baraa' kemudiannya menyeru kepada tentera-tenteranya dengan kata-kata yang penuh dengan keberanian dan kekuatan, "Wahai orang-orang Madinah (Ansar), jangan ada di kalangan kamu yang memikirkan untuk kembali ke Madinah.  Tiada lagi Madinah untuk kamu selepas hari ini.  Hanya Allah, dan kemudian Syurga."  Inilah kata-kata dari hati seorang perwira muda untuk menyemarakkan semangat juang saudara-saudaranya.  Selepas seruan ini, al-Baraa' bersama-sama dengan tentera Ansar melancarkan serangan mereka yang paling hebat ke ats tentera Musailamah, memecahkan benteng mereka dan menetak serta menakik mereka, sehinggalah tentera musuh ini akhirnya mula berundur.  Mereka berundur dan bertahan di dalam sebuah taman yang kemudiannya dikenali sebagai Taman Kematian kerana ramainya mereka yang terbunuh di situ pada hari tersebut.  Taman tersebut dikelilingi dengan tembok-tembok tinggi.  Musailamah dan ribuan tenteranya memasuki taman tersebut dan mengunci pintu pagarnya dari dalam.  Dengan perlindungan tembok tersebut, mereka mula melancarkan hujan anak panah ke atas tentera Islam.
Menyedari betapa bahayanya helah Musailamah ini dan kesannya ke atas peperangan tersebut, serta mengharapkan bahawa inilah peluang yang beliau tunggu-tunggu untuk mencapai Shahid dan bertemu Allah SWT, al-Baraa' lantas mara ke hadapan dan berkata kepada tenteranya, "Letakkan aku di atas sebuah perisai, tinggikan perisai itu dengan tombak-tombak kamu dan campakkan aku ke dalam taman tersebut berdekatan dengan pintu pagarnya.  Samada aku gugur sebagai shuhada atau akan kubuka pintu pagar itu untuk kamu."  Ini memberikan satu contoh hebat atas kecekalan dan cara seseorang yang mencari Shahid, kerana beliau memikirkan yang beliau akan dapat membuka pintu tersebut untuk membolehkan para tentera Islam masuk dan menamatkan fitnah besar Musailamah serta pengikutnya dan pada masa yang sama beliau akan dianugerahkan dengan Shahid yang diidam-idamkan beliau ketika melakukannya. 
Al-Baraa' yang kurus dan kecil itu kemudian duduk di atas sebuah perisai.  Beberapa bilah tombak digunakan untuk meninggikan perisai tersebut dan al-Baraa' kemudiannya dicampakkan ke dalam Taman Kematian ke tengah-tengah ribuan tentera musuh.  Beliau mendarat di kalangan mereka seperti halilintar dan terus berjuang dengan mereka berhampiran dengan pintu pagar tersebut.  Ramai yang rebah di hujung pedang beliau dan beliau sendiri mengalami lebih dari lapan puluh luka di tubuh beliau sebelum beliau berjaya membuka pintu pagar tersebut.
Tentera Muslimin menyerbu masuk ke dalam taman tersebut melalui pintu pagarnya dan kemudiannya juga dengan memanjat tembok-tembok.  Pertempuran semakin hebat dan ratusan terbunuh sehinggalah tentera Muslimin mendapatkan Musailamah dan membunuhnya.
Demikianlah keberanian dan kecekalan al-Baraa' ibn Malik yang bersedia mengorbankan dirinya pada Jalan Allah dan demi mempertahankan kedaulatan Islam serta menghapuskan musuh-musuhnya.  Melalui keberanian dan kecekalan beliau tentera Islam diganjarkan dengan kemenangan walaupun pada satu ketika mereka berada di ambang kekalahan.
Al-Baraa' kemudiannya dibawa pulang ke Madinah dan Khalid ibn al-Walid sendiri merawat seliau selama sebulan sehinggalah beliau sembuh dari kecederaan.  Al-Baraa' terus bertekad mencari Shahid yang belum dikecapi beliau.  Beliau berterusan menyertai peperangan demi peperangan dengan harapan dapat mencapai matlamat beliau dan dianugerahkan Shahid oleh Allah SWT.
Doa beliau akhirnya dimakbulkan di peperangan Tustar di Parsi.  Di Tustar, tentera Parsi telah terkepung di dalam salah satu kota bertembok mereka.  Apabila kepungan berterusan dan mereka semakin lemah, mereka menggunakan satu taktik baru.  Mereka mula melemparkan rantai-rantai besi yang dihujungnya diletakkan satu cangkuk besi yang panas kemerahan.  Apabila tentera Islam tersangkut pada cangkuk-cangkuk ini, mereka akan ditarik sehingga mati.  Salah satu cangkuk ini tersangkut pada Anas ibn Malik, saudara al-Baraa'.  Sebaik sahaja al-Baraa' melihat kejadian ini, beliau terus melompat ke tembok kota tersebut dan menggengam rantai yang menarik saudaranya itu sambil mengeluarkan cangkuk tersebut dari tubuh Anas.  Tangan al-Barra' mula terbakar kepanasan tetapi beliau tidak melepaskan genggamannya sehinggalah saudarnya berjaya dilepaskan.  Selepas Anas dilepaskan, a-Barra' dan orang-orangnya melihat keadaan tangannya dan mendapati bahawa semua isinya telah terbakar dan mereka dapat melihat tulang-tulang tangan beliau.
Al-Baraa' kemudiannya berdoa kepada Allah SWT, "Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada kami dan temukanlah aku dengan Rasul-Mu pada hari ini."  Al-Baraa' akhirnya dianugerahkan dengan Shahid dalam peperangan ini selepas lama merenung saudaranya, seolah-olah mengucapkan selamat tinggal.
Demikianlah kesudahan yang penuh dengan ketabahan dan keimanan yang sejati pada Allah SWT apabila al-Baraa' akhirnya dianugerahkan dengan Shahid yang diidamkan beliau sepanjang hidup beliau dan beliau berusaha gigih untuknya.  Shahid yang merupakan matlamat utama beliau di dunia ini; Shahid yang beliau faham akan nilainya lebih dari orang lain, yang menyebabkan beliau berlari mendapatkannya.
Al-Baraa' hidup dengan moto 'Allah dan Syurga', membuka jalan kepada umat Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan ke Syurga. 
Kita doakan semoga Allah SWT memberikan al-Baraa' apa yang diidamkan beliau dan membangkitkan beliau bersama-sama dengan Rasul-Nya, hamba-hamba-Nya yang beriman dan para Shuhada dan kita mohon Allah SWT menjadikan dari kalangan anak muda kita mereka yang mengikut jejak langkah al-Baraa' and merasai keindahan Shahid, Amin ya Rabbal Alamin.

Friday, 29 July 2011

Butterfly Knife a.k.a Balisong


Balisong, atau dikenali sebagai pisau rama-rama atau pisau kipas, pisau poket lipat dengan dua mengendalikan kaunter-berputar  apabila ditutup, bilah itu disembunyikan dalam alur dalam mengendalikan. Ia kadang kala dipanggil pisau Batangas. Dalam tangan pengguna yang terlatih, bilah pisau boleh dibawa menanggung dengan cepat menggunakan sebelah tangan. Manipulasi, yang dipanggil "Melibas" atau "menyemarakkan", dilakukan untuk seni atau hiburan.

Balisongs berguna untuk keadaan di mana ia adalah sukar untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuka pisau. Sebagai contoh, seorang pekerja yang menggunakan tangan tunggal untuk berpegang kepada sesuatu sebagai perlindungan terhadap jatuh tidak akan mahu menggunakan tangan itu untuk membuka pisau. Dalam keadaan sedemikian, ia amat berguna untuk mempunyai pisau yang boleh dibuka dengan tangan sama ada.

Balisong biasa digunakan oleh orang-orang Filipina sebagai pisau pertahanan sendiri dan pisau saku utiliti. Ia adalah begitu popular di Filipina bahawa legenda bandar wujud bahawa BatangueƱo setiap menjalankan mana-mana sahaja dia masuk.balisongs alasan Hollow juga digunakan sebagai pisau cukur lurus sebelum konvensional pisau cukur terdapat di Filipina.

Wednesday, 27 July 2011

Colt M16


Colt M16 adalah raifal tempur yang dikeluarkan oleh firma Colt Firearms,Amerika syarikat yang menggunakan peluru berkaliber 5.56 x 45 mm NATO bagi menggantikan raifal M-14 yang digunakan sebelumnya. Raifal ini digunakan sebagai senjata tempur utama oleh infantri Amerika pada tahun 1967. M16 juga turut digunakan oleh 15 negara NATO dan lain-lain negara kecuali Russia dan negara-negara blok komunis.

M16 merupakan raifal tempur yang ringan, menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm, menggunakan sistem penyejukan udara atau air-cooled, beroperasi dengan sistem gas, menggunakan kelopak berkapasiti 30 butir, dan menggunakan bolt berputar. M16 ini diperbuat daripada logam yang terkenal iaitu Krom Molibdenumvanadium, alumunium, dan plastik polimer.
Terdapat lima versi utama bagi senjata M16, yang terdiri daripada M16, yang kemudiannya diikuti oleh M16A1, yang menggunakan peluru M193/M196. M16 versi ini boleh menembak dengan tembakan separa automatik ataupun semburan sepenuhnya. Versi kedua adalah M16A2, yang diperkenalkan disekitar tahun 1980. M16A2 menggunakan peluru M855/M856 yang direkabentuk oleh Belgium (dan kemudiannya dijadikan peluru standard 5.56 x 45 mm NATO). M16A2 mampu menembak separa automatik dan semburan tiga butir. Versi ketiga ialah M16A3 yang menggunakan sistem tembakan utama yang ada pada M16 dan M16A1. Dan versi terakhir sekali ialah M16A4, yang menjadi raifal utama Marin Amerika semasa kempen memerangi Iraq, bagi menggantikan M16A2.

Malaysia mula menggunakan senjata M16 yang terdiri daripada versi M16A1 pada tahun 1976 melalui program PERISTA atau Perajurit Istimewa Tentera. Program pra-PERISTA telah memperlihatkan program penggunaan raifal tempur Heckler & Koch 33 yang kemudiannya digantikan dengan M16A1 serta kereta perisai Panhard. Raifal HK 33 didapati berat dan tidak sesuai dengan pertempuran didalam hutan serta seringkali mengalami hentian (stoppages) dalam senjata. Raifal M16A1 dibekalkan kepada pasukan elit Grup Gerak Khas Tentera Darat yang kemudiannya disusuli dengan karbin M16A1 Model 635. Kemudiannya Malaysia menggunakan raifal Steyr AUG dan kemudiannya digantikan dengan karbin M4.
M16 adalah antara raifal berkaliber 5.56 x 45 mm yang telah dibekalkan keseluruh dunia. Kini, sistem M16/M4 telah digunakan oleh 15 negara NATO dan 80 buah negara yang lain. Hari ini,AS and Kanada (dikenali sebagai C7) telah membekalkan sebanyak 8,000,000 unit termasuk 90% yang masih beroperasi . Antara pasukan elit yang menggunakan versi M16 tersebut ialah seperti Special Air Service (British, Australia, New Zealand), Marine Commando Force (India), Kopassus, Kopaska, Kopaskhas, Brimob (Indonesia) dan banyak lagi.
Dalam perkhidmatan di Amerika, M16 telah menggantikan raifal M14 dan karbin M1 sebagai raifal infantri standard. Namun, M14 masih diteruskan perkhidmatannya, bukan sebagai raifal utama. Sebaliknya digunakan sebagai raifal penembak tepat.
Selain Amerika syarikat , negara yang menggunakan M16 dan pelbagai versi senjata terdiri daripada: