Agik idup agik ngelaban

Wednesday, 3 August 2011

Lewis Machine gun

Mesingan Lewis adalah sejenis senjata automatik kegunaan skuad tentera infantri yang digunakan semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Senjata ini digunakan secara meluas oleh Tentera British dan pasukan-pasukan Tentera Empayar British. Mesingan Lewis pertama kali digunakan oleh Tentera Belgium semasa Perang Dunia I. Senjata ini mudah dikenali kerana mempunyai kelopak peluru di atas senjata.






Mesingan Lewis, ataupun nama rasminya Lewis Automatic Machine Rifle dihasilkan oleh Kolonel Isaac Newton Lewis dari Tentera Darat Amerika Syarikat dalam tahun 1911. Lewis menghasilkan senjata ini berdasarkan kepada kerja-kerja awalan oleh Samuel McClean. Mesingan Lewis tidak terus diterima masuk ke dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat disebabkan oleh perselisihan faham di kalangan pegawai-pegawai pemilihan tentera.
Senjata ini boleh menembak 550 butir peluru .303 inci (7.52mm) setiap minit, tetapi hanya mempunyai berat 12.7 kg ataupun 28lb. ini adalah separuh daripada berat senjata-senjata lain yang serupa dengannya (seperti mesingan Vickers). Mesingan Lewis juga mempunyai kelebihan kerana boleh dibawa dan digunakan oleh seorang askar sahaja, menjadikannya lebih mudah diangkut berbanding dengan mesingan jenis berat, dan menjadikannya amat sesuai untuk kegunaan dalam skuad tentera.
Mesingan ini juga lebih murah untuk dikeluarkan, dan berharga 1/6 daripada harga sepucuk mesingan Vickers. Mesingan ini hanya mempunyai 62 bahagian kesemuanya, dan 6 pucuk mesingan Lewis boleh dikeluarkan dalam masa yang diperlukan untuk menghasilkan satu pucuk mesingan Vickers. Kelebihan ini menjadikan mesingan Lewis dikeluarkan dengan banyak untuk kegunaan secara meluas di Eropah semasa Perang Dunia I
Mesingan Lewis ini juga ringan, menjadikannya sesuai untuk kegunaan di dalam kapal terbang. Dalam kegunaan ini, alat penyejuk laras senapang ditanggalkan dan pergerakan kapal terbang melalui angin digunakan untuk menyejukkan laras senapang mesingan ini.
Kolonel Lewis merasa hampa cuba memujuk Tentera Amerika Syarikat untuk menggunakan mesingan ringan ciptaannya. Didorong perasaan hampanya, Lewis berhijrah ke Belgium. Tentera Belgium menerima pakai mesingan ciptaan Lewis dalam tahun 1913, tetapi dengan menggunakan peluru .303 British. Tidak lama kemudian, syarikat Birmingham Small Arms Company (BSA) membeli hak pengeluaran mesingan Lewis ini untuk Tentera British.

No comments:

Post a Comment